Seawal pukul 12.30 tengahari aku sampai dibangunan Chancellery kerana aku tidak mahu lewat hadir untuk temuduga yang amat penting ini. Walaupun ianya sepatutnya bermula pada pukul 2 petang. Satu persatu rakan sepejuanganku tiba kerana sesi ini perlu dihadiri oleh semua yang telah berjaya pada sesi temuduga yang pertama.
Setelah kami dipanggil untuk bersiap sedia maka mulalah derauan darah yang mengalir di setiap sudut tubuh kerana perasaan takut mula menjalar, seperti orang yang akan mengambil peperiksaan terpenting didalam hidupnya. Ketika nama kami dipanggil seperti biasa namaku yang bermula dari huruf 'A' akan mengetuai kumpulan.
Kumpulan kami merupakan staff dari kampus cawangan yang mana merangkumi 5 orang dari kampus Perak dan seorang dari kampus Kelantan. Proses temuduga ini telah di hadiri oleh Seorang Prof. dari Chancellery, Dekan Fakulti dan Staff dari bahagian Pentakbiran. Mula sahaja sesi temuduga Prof. telah bertanya siapa dikalangan semua yang hadir ingin melanjutkan pelajaran didalam negara... dari 6 orang hanya seorang sahaja yang mengangkat tangan dan menyatakan bahawa ingin melanjutkan pelajaran di Dalam Negara sahaja...selebihnya lebih berat memilih untuk melanjutkan pelajaran di Luar Negara.
Namun harapan hanya tinggal harapan sebelum sempat kami membuka mulut kami telah diberitahu bahawa untuk tawaran biasiswa kali ini negara-negara seperti UK, Australia dan New Zealand tidak dibenarkan untuk dipohan. Kesemua kami benar-benar terperanjat dengan berita yang kami dengari, ini adalah kerana bagi kursus yang inginku ambil bagi pengajian kali ini hanya terdapat di UK dan Australia iaitu 'Studio Practice' ...hemmmmm hancur lulur rasa hati bila mendengarnya. Rakan-rakan yang lain juga apa kurangnya masing-masing jelas nampak begitu kecewa dengan berita tersebut.
Sesi temuduga diteruskan juga, ia dimulakan dengan rakan yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam negara. Setelah selesai sesi beliau kini tibalah masanya untuk sesiku dijalankan, aku menjelaskan tentang permohonanku ke beberapa buah universiti di Australia, namun seperti yang telah kunyatakan terdahulu ianya telah ditolak. Lantar Prof. telah mencadangkan untuk aku cuba mendapatkan tempat di beberapa universiti di Eropah antaranya di Germany atau di negara Asia yang lain seperti di Japan ataupun India. Ku perjelaskan bahawa bidang yang ingin ku ikuti tidak ditawarkan dinegara-negara tersebut namun beliau mengatakan adalah lebih baik jika aku mencuba dahulu untuk mendapatkan tempat dan akhirnya aku ditawarkan ke Germany atau hanya teruskan di Malaysia sahaja.
Dalam hatiku .... baiklah aku kan cuba mendapatkan tempat di Germany mana tau ada rezekinya...