Thursday, November 24, 2011

Rencana ku di Dewan Budaya...


Dalam usaha mencari-cari hala tuju dan keperluan pengajian ku sempat juga ku mencuri masa menulis rencana untuk diterbitkan di Dewan Budaya, ini merupakan kali pertama aku terbitkan penulisanku secara umum. Diharap ianya berbaloi untuk melatihku dalam penulisan ilmiah dan rencana. InsyaALLAH...


Sunday, July 17, 2011

Research Postgraduate Workshop: PRESENTING AND PUBLISHING RESEARCH TRAINING PROGRAM

Jointly Organised by Monash University Sunway Campus & Institute of Greduate Studies (IGS), University of Malaya (UM)
Maonday , 18 July 2011 : 8.30am - 5.00pm

Saturday, July 16, 2011

The Eighth Asian Fiber Art, Exhibition & Symposium 2011

Persidangan peringkat asia yang dianjurkan oleh UiTM Perak, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ini telah berjaya mengumpul sekumpulan pengkarya seni yang berkarya berlandaskan kepada penghasilan karya seni Fiber (Serat), sesungguhnya karya-karya yang dihasilkan memberi penyataan yang amat berkesan biarpun dari segi penyampaian 2D dan 3D.

Selain dari pameran hasil karya seni, AFA juga menawarkan pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh para pengiat seni, institusi pendidikan, bebas dan badan berkanun. Saya sebagai salah seorang pembentang kertas kerja bagi Symposium kali ini telah mengambil peluang untuk turut serta menghadiri pembentangan kertas kerja yang lain. Sememangnya tidak mendatangkan sebarang kerugian bagi kita menghadiri acara-acara sedemikian. Antara pembentangan yang sempat saya sertai adalah seperti berikut:

(akan dikemas kini dari masa ke semasa)

Sunday, July 3, 2011

Kehilangan Seorang Sahabat

Al Fatihah.... kumohon agar semua mensedekankan Al Fatihah dan doa agar rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dikalangan orang-orang yang solleh.

Semalam kuterima berita yang amat menyedihkan, aku kehilangan seorang sahabat... seorang sahabat yang sentiasa bersedia membantu tanpa perlu diminta, seorang sahabat yang tidak berkira dari segi kuderat malahan wang. Biasalah dalam sebuah persahabatan adakala berlaku jua perselisihan faham namun perlu diingat sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sebuah persahabatan.

Hari ini ku iringin kesedihan ini dengan Al Fatihan ketika kutatap wajahnya untuk kali terakhir. Ya Allah kau sayangi dia seperti mana dia menyayangi anak-anaknya ketika kecil, kau peliharalah dia dan berkati rohnya bersama-sama orang yang soleh. Sesungguhnya pada Mu aku meminta dan hanya Engkau yang layak untuk memberi.... AMIN.

Wahai sahabatku ku harap kau tenang disana disampingnya.

Tuesday, June 21, 2011

Research Talk

Kaedah Transiterasi, Notakaki, Rujukan dan Bibliografi oleh Dr Aizan Ali @ Mat Zin. Ilmu yang saya kira amat kurang dalam diri saya. Saya perlu menghadiri sesi ini untuk menambahkan pengetahuan berkaitan perkara ini. Saya selalu menggunakan kaedah Nota Akhir (End note), ini penting bagi memantapkan penyelidikan yang sedang dijalankan sekarang.

Maaf tidak dapat menghadirkan diri kerana perjalanan terhalang, insyaAllah dilain kali.

Monday, June 13, 2011

Mewakili Pelajar PhD UM Bagi CEO forum 2011

Alhamdullilah berpeluang untuk mewakili pelajar PhD UM bagi acara gemilang ini, InsyaAllah pada 23 June 2011.

Forum yang dimulakan dengan ucap alu-aluan dari YBhg. Tan Sri Azman Hashim dan di ikuti dengan ucap tama dari YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD bertajuk "Malaysian Politics: Should It Also Transform with the Economic Transformation?.

Sesi diteruskan dengan Sesi plenari bertajuk : 'Key Goals and Challengers of Malaysia's Transformation Plan'.

Namun sesi serentak disebelah pagi telah membawa tiga tajuk yang amat menarik antaranya adalah :

A. "High Income at High Cost?"
B. "Public Sector Governance as a Catalyst for National Growth and Progress”
C. "Does FDI Still Matter to Malaysia?"

dari ketiga-tiga tajuk ini saya telah memilih untuk berada di sesi ke B dimana ianya terlibat secara langsung dengan keperluan maklumat untuk saya.

Ucapan dari YBhg Tan Seri Wan Azmi Wan Hamzah telah memenuhi masa ketika waktu makan tengahari. Maaf antara tumpu dan tidak tumpukan perhatian kerana sibuk makan dan berborak dengan rakan-rakan yang baru dikenali. Saya tahu ianya hanya satu penceritaan santai namun ada jua yang menarik.

Sesi serentak belah petang dimulakan dengan tiga tajuk iaitu

1. "Corporate Sector Wish List: What Would Get Malaysian Businesses to Invest More in Malaysia?"
2. "Malaysia: Where Bold Innovators and Creative Content Thrive?"
3. "Is Our Education System Good Enough for a Knowledge Economy?"
Sesi ketiga amat bertepatan dengan kerjaya saya oleh itu saya memilih untuk berada disesi tersebut walau bagaimana pun bila berkata tentang kreativiti ternyata tajuk ke dua juga mempunyai kaitan namun ianya kurang menarik perhatian saya.

Forum ini ditamatkan dengan tajuk:
"GTP + ETP = A Better Quality of Life?” by YB Dato’ Sri Idris Jala, Minister in the Prime Minister's Department & CEO of PEMANDU
Satu perkara yang saya rasa amat membuka mata, dan sesunggunya pengalaman ini adalah sesuatu yang berharga bagi saya yang baru berjinak-jinak...

Monday, June 6, 2011

6 Bulan Pertama Sudah Berlalu

Diam tak diam, pejam dan celik sudah 6 bulan aku melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Buat masa ini apa yang dapat kukatakan perjalanan yang ditempuhi Alhamdulliah dalam keadaan yang tenang, risau juga didalam hati bila dalam keadaan tenang begini kerana teringat pepatah Melayu "Air yang tenang, jangan disangka tak ada buaya".... isk harap2 buaya tu duduk diam aja di dalam air jangan diganggu dan jangan di duga.

Sepanjang 6 bulan yang berlalu aku telah memulakan penulisan dan penambahan maklumat di dua Bab penulisian ku. Bab Pendahuluan dan Bab 1, masih belum lengkap kerana terlalu banyak lagi yang perlu di isi. Untuk mengisi setiap kekosongan maklumat dan ayat itu bukan lah senang kerana ia perlu diiringi dengan pengkajian, pengolahan dan pembacaan yang mantap.

YA!!! diperingkat ini pembacaan itu amat penting, dan ia perlu luas bukan hanya tertakluk pada bidang kita. Jadi adalah penting untuk ku meneruskan usaha-usaha pembacaan ku ini... di iringin dengan doa dan kasih sayang dari keluarga....

Sunday, April 24, 2011

Kursus Method 18 - 23 April 2010

Kursus Method ini merupakan kursus yang wajib diikuti oleh semua pelajar penyelidikan penuh bagi ijazah tinggi di UM. Oleh itu hampir 200 pelajar telah menghadiri krusus tersebut. Mereka merupakan pelajar pengajian sarjana dan sarjana kedoktoran dan Fakulti Sastra dan Sains Sosial, UM.
Kelas yang dimulakan dengan salam pengenalan dari Dekan, dengan mengalu-alukan kehadiran para pelajar ini amat penting sekali. Semua kelas yang dirangka untuk dihadiri oleh para pelajar adalah merupakan kelas-kelas method yang didalam kumpulan Kualitatif dan Kuantitatif. Oleh itu para pelajar diminta untuk menghadiri krusus sepanjang minggu dan diakhiri dengan pembentangan Proposal masing-masing dengan dinilai oleh para penal yang dilantik oleh pihak fakulti.
Pada hari pertama, 18 April 2011, kelas pertama merupakan 'Research Design, Measurement, and Operationalization' oleh Prof. dr. Khairulmaini Osman Salleh, penyataan yang paling saya suka adalah "Why do you think your proposal research project is important and significant?" the main word..."IMPORTANT" (is general knowledge) and "SIGNIFICANT" (is can be use to make a good decision making).
Kelas kedua hari pertama, 'Selecting Research Topic and Formulating Research Questions and Hypothesis' oleh Prof. Dr. Jamilah Mohamad, beliau memberi maklumat yang berguna bagaimana proses memilih tajuk dan fomular yang bersesuaian bagi sesebuah penyelidikan. Penyataan yang paling saya perlu ingatkan adalah "A Problem well - defined is half solved!!!".
Hari kedua, semua pelajar telah dirangka untuk mengikuti tiga kelas method namun begitu ia dimulakan dengan kelas, Prof. Dr. Fauza Ab Ghaffar dimana beliau akan memberi penerangan berkenaan 'Issues on Literature Review and Theoretical Framework', kelas ini sangat-sangat menarik perhatian saya mungkin kerana cara beliau menyampaikan maklumat tersebut amat menarik hati saya. Saya rasa benar-benar memahami apa itu Rujukan Literatur melalui kelas beliau, sememangnya terdapat kesamaran didalam perkara ini, bukan hanya kepada saya malahan beberapa rakan juga ada bertanyakan tentang perkara ini. Namun dengan kelas yang saya hadiri ini kesamaran itu sudah hilang dan saya rasa yakin dengan apa yang telah saya rangkakan dalam Proposal yang disediakan.
Prof. Madya Dr. Shanti Tambiah, pula merupakan pensyarah yang seterusnya. Beliau merupakan pensyarah untuk kelas 'Qualitative Research Method' dalam hal ini saya tidak perlu bercerita panjang kerana ianya merupakan jenis-jenis dan cara penyelidikan berbentuk kualitatif di guna dan diseliakan dalam penyelidikan.
Begitu juga dengan kelas seterusnya oleh Prof. Madya. Dr. Siti Hawa yang menjadi pensyarah bagi kelas 'Quantitative Research Method'. Walaupun saya hanya akan menggunakan satu method sahaja iaitu kualitative namun kelas ini tetap menarik perhatian saya memandangkan mungkin kelak saya akan berminat untuk menjalankan penyelidikan berbentuk kuantitatif pula.
Hari ke tiga diteruskan dengan kelas 'Quantitave Research Analysis Using SPSS', Alahamdulillah kelas ini bukan kelas penggunaan SPSS ini adalah kerana saya sudah agak mahir menggunakan perisian ini, cuma yang kurang adalah saya tidak begitu mahir dalam keperluan sebenar perisian ini. Maka kelas ini telah memberi saya gambaran sebenar kenapa dan untuk apa SPSS ini diguna pakai.
Kepentingan untuk memastikan kesahehan data-data telah di bincangkan dalam kelas 'Reliability dan Validity in Qualitative and Quantitative Research' dimana Dr. Malini Ratnasingam telah memberi penjelasan yang amat penting bagi para penyelidik untuk memastikan 'Kebolehpercayaan' data salah satunya merujuk kepada "Indication of the consistency with which you have measure a variable". Manakala 'Validity' pula membawa kepada 'Mandatory - indication of the accuracy'.
Kelas diteruskan dengan penggunaan komputer, dimana kelas 'hand-on' ini adalah bertujuan bagi memudahkan para penyelidik untuk menyusun dan menyimpan data bagi tujuan penulisan oleh itu pihak fakulti telah merangkakan dua kelas penggunaan software iaitu 'Academic Database: using Turnitin, Endnotes Management and Online Sources' oleh Pun Maziah Salleh.
Hari ke Empat, hari yang ditunggu-tunggu dimana method yang ingin saya gunapakai akan dibincangkan oleh Prof. Madya Dr. Sivachandralimgam Sundararaja, satu perbentangan yang amat menarik perhatian saya dimana sepanjang proses kelas dijalankan tidak ada satu data pun yang saya anggap tidak penting. Kelas ini telah memberi maklumat yang besar dan penting dalam proses pengkajian saya.
"Methods of Literary Study' oleh Dr. Sharmani Patricaa Gabrial pula memberi beberapa persoalan yang perlu dalam penyelidikan antaranya adalah 'Penyelidikan?', 'Sebabnya?' dan 'Soalan Penyelidikan?'.
Prof. Dato' Mohamad Abu Bakar, dalam kelas ini telah membincangkan berkaitan 'Ethical Issues in Research', beliau menjelaskan berapa pentingnya peranan seseorang penyelidik dengan memastikan bahawa penyelidikan ini perlu ada 4R dan 5B. Kami juga dimaklumkan bahawa di sesebahagian universiti kelas ini telah dijadikan sebagai satu sabjek wajib bagi pelajar Sarjana Kedoktoran.
Hari terakhir sebelum pembentangan telah dipenuhi dengan dua kelas ini adalah kerana pada hari Jumaat pihak fakulti sudah sedia maklum bahawa laluan perlu diberi untuk mendirikan sembahyang Jumaat oleh pelajar-pelajar Islam. Sesi pagi adalah 'Writing for Reviewed Journals' oleh Prof. Madya Dr. Joseph M. Fernando, beliau telah menerbitkan beberapa journal sejarah di ISI dan High Impact Journal, kelas ini penting bagi memudahkan para penyelidik untuk cuba mendapatkan tempat dalam jurnal-jurnal dibawah naung ISI ini adalah kerana setiap penyelidik dikehendaki untuk menghantar penulisan mereka sekurang-kurangnya pada dua Jurnal ISI sebagai salah satu syarat untuk mendapatkan kelulusan pengajian mereka.
Kelas yang terakhir dalam sesi 'Postgraduate Research Methodology Course 2011' kali ini diakhiri oleh Prof. Madya. Dr. Hamidi Mohd Adnan dengan tema kelas 'Writing for Thesisi and Dissertation'. Maka berakhirlah sesi kelas kami selama satu minggu berturut-turut, bagi pendapat peribadi saya, kelas ini telah berjaya dalam pencapaian yang dikehendaki untuk memberi panduan kepada para penyelidik dalam penghasilan penyelidikan yang berkualiti tinggi. Oleh itu apa yang dapat di lihat dari pembentangan proposal pada hari sabtu yang lalu nyata bahawa semua ini telah membuahkan hasil yang amat berguna dan berharga.



Monday, March 28, 2011

Tiga Bulan Sudah Berlalu, Mana 'Study Plan' nya?

Alhamdulliah tugasan untuk menyiapkan dan menghantar 'Study Plan' telah pun selesai, maka bermulalah episod untuk mengikut sahaja apa yang telah dirancang.

Mahu tidak mahu segalanya telah diatur dan dipersetujui bersama. Mungkin kadang kala akan tersadung dimana-mana namun dengan penuh harapan ianya diharap hanya untuk sementara waktu.

Iklas saya katakan, saya benar-benar berharap agar ia berjalan lancar seperti adanya.... Aminyarobalalamin....


INSYAALLAH...

Pertemuan Kedua Dengan Penyelia Penyelidikan Dan Seterusnya

Pencarian Data dan Maklumat

Proses pencarian data yang berkaitan dengan penyelidikan Seni Cetak ini pasti tidak lepas dari tugasan mendapatkannya dari berbagai sudut dan tempat. Dan seperti yang telah dirancangkan data-data ini akan berupaya dikumpul melalui pencarian data prima dan sekundar kerana maklumat-maklumat yang berharga itu terkandung didalamnya. Antara yang wajib dikunjung adalah di Balai Seni Lukis Negara, Arkib Negara, Perpustakaan-perpustakaan Universiti dan juga Perpustakaan Geleri yang lain. Selain dari itu oleh kerana Penyelidikan ini adalah berasaskan kepada keadah sejarah maka bahan-bahan data prima juga ada tersimpan di Perpustakaan British India, London Muzium dan juga School of Oriantal and African Studies serta beberapa tempat yang berkaitan.

Kajian data yang berada di sini pasti akan di cari dan dibongkar sebaik mungkin, namun apabila data-data yang memerlukan perjalanan dan perbelanjaan yang lebih banyak pula, memerlukan perancangan yang lebih teliti dan berhemah. Kerana ianya bukanlah satu pencarian yang boleh dibuat sewenang-wenang kerana kedudukan kewangan tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Mengapalah mereka tidak faham tentang masalah ini diperingkat awal, walaupun telah di maklumkan bahawa kajian yang berlandaskan tanah air tidak semestinya membolehkan saya medapatkan atau perolehi setiap data di tanah air. Apatah lagi ianya merupakan satu pengkajian atau penyelidikan yang melibatkan negara sebelum mendapat kemerdekaannya.


Perjalanan di awal yang tiada halangan

Selepas seminggu mendaftar sebagai pelajar, saya mula memastikan kelengkapan untuk saya belajar disediakan sebaik mungkin. Antara yang saya pastikan adalah sebuah komputer dasktop dimana saya kurang selesa berkerja dengan menggunakan laptop atau natebook walaupun boleh dikatakan laptop yang ada ber screen besar 17". Entah kenapa bila berkerja menggunakan kedua2 komputer tersebut saya hanya boleh meng 'edit' dan membaca sahaja selain ber FB (hihihi). Jika ingin memerah otak saya lebih selesa menggunakan desktop komputer.

Setelah itu saya juga telah membuat temu janji untuk bertemu dengan penyelia 1 dan 2 yang telah dilantik oleh pihak universiti untuk saya. Alhamdullilah kedua-duanya dapat saya temui selepas temu janji dibuat. Perbincangan bersama penyelia ke2 Dr. Suffian Mansur, berjalan dengan lancar beliau merupakan penyelia Mathodologi untuk penyelidikan saya. Manakala itu saya juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan penyelia pertama saya dan disitu bermulalah proses pencarian data dan memulakan proses penulisan.

Kini saya masih lagi dalam proses tersebut dan sedang berusaha untuk mengumpulkan data sebaik mungkin... cuma satu yang perlu saya lakukan iaitu untuk mendapatkan maklumat atau data prima di UK kerana disanalah dokumen-dokuman asli karya-karya awal itu tersimpan.

Doakan kejayaaan saya untuk mendapatkan dokumen-dokumen tersebut... InsyaAllah.

Sunday, March 27, 2011

Mula Melangkah Dengan Penuh Keyakinan, Azam dan Cita-Cita

Perjalanan PhD dikatakan sebagai sebuah perjalanan yang sunyi!!!

Benar kah itu?... atau sekadar dongangan semata-mata?... kini saya harus tempuhinya. Tetapi yang paling nyata ianya jelas sekali merupakan perjalanan yang seolah-olah jauh dari jangkauan dan walau sejauhmana jika ada daya dan usaha InsyaAllah kita pasti sampai ke destinasi yang dituju.

Oleh itu baik saya tanamkan diminda saya, mari kita mula melangkah, dan melangkahlah dengan penuh keyakinan. Mari kita menanam Azam dan berazamlah untuk kejayaan, dan mari gapailah cita-cata kerana cita-citu itu adalah penanda aras kepada kejayaan...

Wednesday, January 26, 2011

Hari Pendaftaran


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, saya sudah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD, Bidang Sejarah, Sejarah Seni Seni Cetak, Fakulti Seni dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Semasa di sekolah tidak pernah terbayang untuk berada disini apatah lagi menjejakkan kaki sebagai pelajarnya, namun jika sudah ditakdirkan, rezeki takkan kemana.

Namun begitu pernah terlintas dihati ku, jika saya tidak dapat melanjutkan pelajaran di universiti luar negara, universiti pertama yang menjadi pilihan saya ada University Malaya. Bukan kerana saya tidak berbesar hati menjadi bekas pelajar Universiti Teknologi MARA namum jika untuk kali penghabisan dalam jaluran pendidikan ini, saya ingin sangat untuk melanjutkan pelajaran di universiti lain dari tempat saya memperolehi Diploma, Ijazah dan Sarjana. Biarlah Sarjana Kedoktoran saya dari universiti tempatan yang lain... itu niat hati saya.

Perjalanan ku bermula dengan berjanji untuk mendaftar bersama-sama dua orang rakan seangkatan, En Khirul dan Tn. Syed. Kami bertiga telah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini, namun masing-masing memilih bidang yang berbeza-beza. Oleh itu kami berjanji berjumpa pada pukul 10.00 pagi. Maka setiba sahaja di IPS, UM bilik perdaftaran sudah dipenuhi dengan pelajar-pelajar Pascasiswaza dari seluruh dunia... terasa lah ke antarabangsaannya.

Nombor giliran yang kami perolehi boleh lah dikatakan akan mengambil masa, maka kami berborak diluar sambil memeriksa dokumen-dokuman yang diperlukan... setelah hampir setengah jam menunggu, kami memutuskan untuk ke kentin dan minum pagi dulu. Selesai sahaja sesi 'mengeteh' selama setengah jam, barulah kami kembali semula untuk memastikan sama ada nombor giliran kami telah hampir.

Dan akhirnya, sah saya sudah menjadi pelajar calon PhD di University Malaya kelas 2010 - 2013, InsyaAllah... Doakan moga Allah mudahkan perjalanan pengajianku dan semoga saya dapat melengkapkan pengajian ini dalam masa yang ditetapkan... AMIN.

Sunday, January 2, 2011

Pencarian Penyelia di Universiti di Tanah Air

Proses pencarian penyelia merupakan proses yang amat penting. Melalui pengalaman teman-teman kebanyakan mereka menasihatkan saya untuk mencari penyelia yang mempunyai pengetahuan dan minat pada bidang yang ingin kita jalankan.

Oleh kerana cadangan penyelidikan saya adalah berlandaskan kepada bidang sejarah (Sejarah Seni Cetak), saya telah berusaha untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan Penyelia Penyelidikan di semua universiti tempatan yang saya inginkan. Saya benar-benar beruntung apabila cadangan saya ini telah dapat menarik minat beberapa orang Penyelia dari dalam dan luar negara. Namun begitu oleh kerana biasiswa saya merupakan untuk pengajian dalam negara, maka saya benar-benar berbesar hati untuk mendapatkan DR. ARBA'IYAH BINTI MOHD NOOR sebagai penyelia penyelidikan saya.

Maka bermulalah proses mengemaskini kertas cadangan mengikut pada garis panduan yang diperlukan oleh Bahagian Sejarah Universiti Malaya. Namun begitu ianya tidaklah semudah yang disangka bagi memastikan saya mendapat tempat di universiti bekenaan, kertas cadangan yang telah dipersetujui oleh bakal penyelia penyelidikan perlu melalui proses penapisan dari pihak penal pemilih calon PhD, Bahagian Sejarah, Fakulti Sastra dan Sains Sosial.

Sepanjang proses permohonan saya, kertas cadangan saya telah di tapis dan di proses oleh bakal penyelia dan penal pemilihan tersebut dan akhirnya ada beberapa pembetulan yang perlu saya lakukan. Namun begitu akhirnya ia telah diterima dan akhirnya surat tawaran pun dikeluarkan dari pihak Universiti Malaya... betapa gembiranya rasa hati saya. Hanya tuhan sahaja yang tahu dan saya benar-benar bersyukur kerana akhirnya pencarian saya ini telah beroleh kejayaan.

UNIVERSITY MALAYA tunggu kehadiran saya dengan semangat yang waja...