Thursday, November 29, 2012

Sudah 2 tahun pengajian ku

Diam tak diam sudah dua tahun pengajian PhD ku berjalan di Universiti Malaya. Kini sepatutnya tinggal tahun akhir untuk aku meneruskan pengajian. Harus tabah dan berusaha untuk selesaikan semua penulisan dan penyelidikanku sebelum habis pengajian tiga tahun yang dirancang.

Sepanjang tempoh tersebut berbagai-bagai dugaan dan usaha telah ku lakukan. Hingga kini keperluan yang digariskan oleh pihak universiti masih lagi harus ku penuhi. Tinggal setahun masa berlalu begitu cepat sekali, kadang kala aku juga terleka oleh kerana itu harus perbaiki diri, penuhi kehendak majikan dan pengajian.

Hanya tinggal satu tahun thesis yang merupakan terkandung 100,000 perkataan dengan isi yang padat dan berwibawa harus ku selesaikan. Dengan doa dan harapan. INSYAALLAH

Tomes Heatherwick Solo Show di Victoria & Albert Muzium, London

Semasa saya di London menjalankan penyelidikan berkaitan seni cetak bertemakan Tanah Melayu. Saya telah berkesempatan untuk menghadiri pameran solo oleh Thomas Heatherwick.

Beliau yang merupakan pengkarya yang bergerak aktif dalam menghasilkan karya berasaskan kepada seni yang berfungsi. Kebanyakan karyanya telah diguna pakai sebagai rekaan untuk bangunan dan juga pembinaan. Antara reka cipta yang amat dikenali adalah dari rekaan Obor besar Sukan Olimpik London, 2012.

Namun pameran ini tidak dibenarkan untuk dirakamkan gambarnya maka oleh kerana itu saya telah meminjam gambar-gambar pamiran dari beberapa sumber antaranya : http://www.abitare.it/en/architecture/thomas-heatherwick-designing-the-extraordinary/

Diharap perkongsian ini dapat memberi faedah bersama.