Thursday, October 14, 2010

Surat Tawaran... Tahniah Anda Berjaya Melanjutkan Pelajaran Keperingkat PhD

Temuduga dijalankan dan tawaran pun dikeluarkan...para rakan seperjuangan yang sudah seminggu menerima surat tawaran sudah boleh tersenyum riang (walau pun terpalit sedikit duka, namun ia tidak akan diperbincangkan disini). Aku pula tertunggu-tunggu seolah-olah buah yang tak gugur ke bumi...risik demi risikan dilakukan, ternyata jawapan yang diperolehi menyampaikan bahawa semua rakan-rakan yang dijangkakan akan keluar negara masih lagi belum menerima surat masing-masing...ketika itu kami berempat yang di war-warkan akan keluar negara.

Namun apakan daya takdir tuhan itu lebih berkuasa... Masalah demi masalah ditempuhi akhirnya ternyata aku hanya boleh melanjutkan pelajaran ku di Tanah Air tercinta...Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi... nasi sudah menjadi bubur...bubur pun dah basi maka...jadilah baja.

Akhirnya berita yang ku terima kesemua rakan-rakan yang ditawarkan ke luar negara akhirnya menyertaiku juga...

Makanya... MALAYSIA lah ia.... Mulalah perjalanan PhD ku di Malaysia oh Tanah Air Ku...

Sunday, October 10, 2010

Usaha Mendapatkan University di Germany

Mencari University memanglah senang tengok aja dalam internet terbentang luas, berbagai-bagai universiti di serata dunia telah menyediakan maklumat yang lengkap tentang kelebihan mereka.

Tapi mencari 'Supervisor' ataupun penyelia pengajian PhD kita bukan lah senang...harus mencari yang bersesuaian dan sekurang-kurangnya menpunyai latarbelakang pengajian yang akan membantu proses pembelajaran kita nanti.

Oleh kerana saya diminta untuk mencari tempat di Germany maka tugas saya bermula dengan mencari universiti-universiti yang ada menawarkan bidang seni halus di negara tersebut. Proses tersebut membolehkan saya mendapatkan senarai nama Prof. atu Dr. yang mungkin akan membantu saya sebagai 'supervisor'. Oleh itu dari pencarian tersebut saya mula menghubungi satu persatu 'Supervisor' yang berpotensi boleh membantu saya....namun apa yang amat menyedihkan saya jawapan yang diterima adalah masalah bahasa dimana saya dimaklumkan bahawa semua penulisan haruslah dibuat dalam bahasa German.... satu-satunya masalah yang tidak dapat saya selesaikan kerana bahasa merupakan satu keupayaan yang perlu mengambil masa yang lama untuk menjadi mahir.

Namun usaha tidak dihentikan disitu saya masih meneruskan pencarian saya dengan harapan agar ada tempat yang menawarkan penggunaan bahasa English sebagai bahasa penghantar dan penulisan di universiti mereka.

Monday, October 4, 2010

Langkah ke Dua... Temuduga...Chancellery

Seawal pukul 12.30 tengahari aku sampai dibangunan Chancellery kerana aku tidak mahu lewat hadir untuk temuduga yang amat penting ini. Walaupun ianya sepatutnya bermula pada pukul 2 petang. Satu persatu rakan sepejuanganku tiba kerana sesi ini perlu dihadiri oleh semua yang telah berjaya pada sesi temuduga yang pertama.

Setelah kami dipanggil untuk bersiap sedia maka mulalah derauan darah yang mengalir di setiap sudut tubuh kerana perasaan takut mula menjalar, seperti orang yang akan mengambil peperiksaan terpenting didalam hidupnya. Ketika nama kami dipanggil seperti biasa namaku yang bermula dari huruf 'A' akan mengetuai kumpulan.

Kumpulan kami merupakan staff dari kampus cawangan yang mana merangkumi 5 orang dari kampus Perak dan seorang dari kampus Kelantan. Proses temuduga ini telah di hadiri oleh Seorang Prof. dari Chancellery, Dekan Fakulti dan Staff dari bahagian Pentakbiran. Mula sahaja sesi temuduga Prof. telah bertanya siapa dikalangan semua yang hadir ingin melanjutkan pelajaran didalam negara... dari 6 orang hanya seorang sahaja yang mengangkat tangan dan menyatakan bahawa ingin melanjutkan pelajaran di Dalam Negara sahaja...selebihnya lebih berat memilih untuk melanjutkan pelajaran di Luar Negara.

Namun harapan hanya tinggal harapan sebelum sempat kami membuka mulut kami telah diberitahu bahawa untuk tawaran biasiswa kali ini negara-negara seperti UK, Australia dan New Zealand tidak dibenarkan untuk dipohan. Kesemua kami benar-benar terperanjat dengan berita yang kami dengari, ini adalah kerana bagi kursus yang inginku ambil bagi pengajian kali ini hanya terdapat di UK dan Australia iaitu 'Studio Practice' ...hemmmmm hancur lulur rasa hati bila mendengarnya. Rakan-rakan yang lain juga apa kurangnya masing-masing jelas nampak begitu kecewa dengan berita tersebut.

Sesi temuduga diteruskan juga, ia dimulakan dengan rakan yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam negara. Setelah selesai sesi beliau kini tibalah masanya untuk sesiku dijalankan, aku menjelaskan tentang permohonanku ke beberapa buah universiti di Australia, namun seperti yang telah kunyatakan terdahulu ianya telah ditolak. Lantar Prof. telah mencadangkan untuk aku cuba mendapatkan tempat di beberapa universiti di Eropah antaranya di Germany atau di negara Asia yang lain seperti di Japan ataupun India. Ku perjelaskan bahawa bidang yang ingin ku ikuti tidak ditawarkan dinegara-negara tersebut namun beliau mengatakan adalah lebih baik jika aku mencuba dahulu untuk mendapatkan tempat dan akhirnya aku ditawarkan ke Germany atau hanya teruskan di Malaysia sahaja.

Dalam hatiku .... baiklah aku kan cuba mendapatkan tempat di Germany mana tau ada rezekinya...

Saturday, October 2, 2010

Langkah ke Dua... Temuduga...

Hati amat gembira bila mendapat tahu aku dipanggil untuk ditemuduga. Ia dijalankan sebanyak dua kali iaitu di peringkat fakulti dan juga di peringkat chancellery. Pagi-pagi lagi ku sudah bersedia dengan semangat yang berkobar-kobar persedian untuk membentangkan proposal dan juga seperti pesanan teman ku yang telah berjaya melalui proses ini..."jangan lupa bawa buku, prosiding atau sebarang penulisan yang telah diterbitkan sebagai bantuan nanti"... lalu ku itu juga tidak ku lupakan.

Setiba sahaja di fakulti kami berkumpul di tempat yang disediakan dan kami dari Kampus Perak mewakili 6 orang dari 12 orang yang hadir untuk ditemuduga....satu persatu rakan-rakan telah dipanggil masuk. Seperti biasa bagi orang yang mempunyai nama bermula dari huruf 'A' pasti akan dipanggil dahulu. Aku pada hakikatnya agak beruntung sebab selepas huruf 'A' disusuli dengan huruf 'Z' maka selalunya akan dipanggil sama ada orang yang ke 2 atau ke 3.

Kini tibalah masa ku untuk mengadap 5 orang penal penilai proposal penyelidikan ku. Pembentangan ku berjalan dengan lancar cuma terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu ku lakukan bagi memperkuatkan lagi proposal tersebut. Selain dari itu aku telah ditanya jika selalu menjalankan penyelidikan dan penulisan... Alhamdulliah dengan pesanan teman sebelum ini, lalu ku tunjukkan semua buku-buku prosiding, penyelidikan dan journal yang telah diterbitkan. Pihak penal sungguh berpuas hati dan ada diantaranya bertanyakan sama ada penulisan ku ini hanya diperingkat national atau international... aku memaklumkan bahawa ianya merupakan kedua-duanya sekali dan penulisan yang terbaru diperingkat international (English) akan ku bentangkan pada bulan Fabuari nanti.

Setelah selesai di temuduga oleh kesemua penal yang ada aku benar-benar bersyukur kerana proposal ku tidak ditolak mentah-mentah, ia diterima dengan baik dan yang paling tidak dapat ku lupakan adalah rupanya aku antara yang tercepat selesai ditemuduga, kerana teman-teman di luar merasa hairan aku hanya membentangkan proposalku dalam masa 15 min sahaja.....Alhamdullilah minta-minta ada rezeki untuk ku perolehi biasiswa ini.

Langkah Pertama...

Sebalik sahaja mengetahu bahawa tawaran biasiswa bagi staff dibuka... aku dengan semangat berkobar-kobar mengeluarkan semula draf proposal penyelidikan ku yang telah ku sediakan dan perbaiki selama 4 tahun untuk di susun semula dan diperbaiki bagi tujuan permohonanku. Bermula dengan proposal berbahasa Melayu ku olah dan susun bersesuaian dengan kehendak pihak Universiti. Setelah berpuas hati dengannya maka ianya perlu di aleh bahasa ke bahasa English, oleh kerana keupayaan ku untuk menulis dalam bahasa English tidak lah sehebat mana maka ku perlukan bantuan dari rakan-rakan untuk memperbakinya. Alhamdullah ianya berjaya di selesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Lantas tepat pada tarikh akhir pada 18 Nov. 2009 dengan lafaz Bismillah...ku hantar permohonanku untuk dinilai....dengan harapan Insaalah jika ada rezeki ku maka aku akan berjaya. Harap-harap dapat ke Luar Negara...