Proses untuk menyiapkan sesebuah tisis selalunya perlu diiringi dengan penulisan-penulisan ilmiah berkaitan penyelidikan yang sedang dijalankan. Antaranya adalah melalui perbentangan kertas di seminar dan dicetak atau diterbitkan dalam bentuk 'Prosiding'. Selain dari itu penerbitan journal juga merupakan perkara yang utama harus disediakan oleh pelajar terutama sekali pelajar yang sedang menjalankan penyelidikan untuk PhD masing-masing.
Alhamdulillah salah satu penulisan ku telah diterbitkan dalam penerbitan journal Sejarah dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya No 22, Jilid 2, 2013.
No comments:
Post a Comment