Saturday, June 21, 2014

INVITATION TO UM3MT PRESENTATION

Dalam kesibukkan menguruskan kemasukan anak sulung saya ke UiTM Dungun dan setelah saya berjaya menyelesai setiap urusan berkaitannya tiba-tiba aku menerima panggilan dari Pn Rozita dari UM. Soalan yang diunjurkan adalah sudikah saya membentangkan tisis saya dalam Pertandingan INVITATION TO UM3MT PRESENTATION. 

Tujuan pertandingan adalah untuk para pelajar yang sedang menyediakan tisis PhD masing-masing sekurang-kurangnya 3 semester untuk membentangkan penyelidikan mereka dalam masa 3 minit. Pembentangan tersebut haruslah dalam bahasa yang paling mudah untuk difahami oleh orang awam yang tidak punyai kaitan dengan penyelidikan yang sedang dijalankan. 

Dalam masa yang amat singkat ketika itu iaitu kira-kira 2 hari dari tarikh pertandingan saya cuba sedaya upaya untuk menyediakan slide yang disertai dengan text dan gambar. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk hanya membentangkan 1 keping slide sahaja. 

Pertandingan tersebut berjalan dengan lancar dan semestinya saya tidak memenangi sebarang hadiah. Namun saya rasa bangga kerana dapat menjadi salah seorang peserta yang dijemput dalam pertandingan tersebut. 

Walaubagaimanapun Slide yang saya sediakan dalam masa yang singkat telah di umumkan sebagai Slide terbaik dalam pertandingan tersebut. Malahan saya juga telah dijemput untuk membentangkan paper saya di Taiwan, namun jemputan tersebut terpaksa ditolak kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Kedua-dua perkara tersebut telah menaikkan semangat saya dan menambah keyakinan terhadap penyelidikan yang sedang saya jalankan. Diharap dilain kali saya punya peluang yang lain bagi membentangkan penyelidikan dan penulisan-penulisan ilmiah saya yang seterusnya.

InsyaALLAH. 

Salah seorang perserta yang sedang membentangkan penyelidikan beliau. 

No comments:

Post a Comment