Sunday, January 2, 2011

Pencarian Penyelia di Universiti di Tanah Air

Proses pencarian penyelia merupakan proses yang amat penting. Melalui pengalaman teman-teman kebanyakan mereka menasihatkan saya untuk mencari penyelia yang mempunyai pengetahuan dan minat pada bidang yang ingin kita jalankan.

Oleh kerana cadangan penyelidikan saya adalah berlandaskan kepada bidang sejarah (Sejarah Seni Cetak), saya telah berusaha untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan Penyelia Penyelidikan di semua universiti tempatan yang saya inginkan. Saya benar-benar beruntung apabila cadangan saya ini telah dapat menarik minat beberapa orang Penyelia dari dalam dan luar negara. Namun begitu oleh kerana biasiswa saya merupakan untuk pengajian dalam negara, maka saya benar-benar berbesar hati untuk mendapatkan DR. ARBA'IYAH BINTI MOHD NOOR sebagai penyelia penyelidikan saya.

Maka bermulalah proses mengemaskini kertas cadangan mengikut pada garis panduan yang diperlukan oleh Bahagian Sejarah Universiti Malaya. Namun begitu ianya tidaklah semudah yang disangka bagi memastikan saya mendapat tempat di universiti bekenaan, kertas cadangan yang telah dipersetujui oleh bakal penyelia penyelidikan perlu melalui proses penapisan dari pihak penal pemilih calon PhD, Bahagian Sejarah, Fakulti Sastra dan Sains Sosial.

Sepanjang proses permohonan saya, kertas cadangan saya telah di tapis dan di proses oleh bakal penyelia dan penal pemilihan tersebut dan akhirnya ada beberapa pembetulan yang perlu saya lakukan. Namun begitu akhirnya ia telah diterima dan akhirnya surat tawaran pun dikeluarkan dari pihak Universiti Malaya... betapa gembiranya rasa hati saya. Hanya tuhan sahaja yang tahu dan saya benar-benar bersyukur kerana akhirnya pencarian saya ini telah beroleh kejayaan.

UNIVERSITY MALAYA tunggu kehadiran saya dengan semangat yang waja...

No comments:

Post a Comment