Saturday, January 21, 2012

Konvensyen Asal Usul Melayu - Induknya di Alam Melayu

Konvensyen yang di anjurkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia ini telah berlangsung pada 20 Januari 2012 di PWTC. Acara yang bermula lebih kurang pada pukul 10.oo pagi ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Melalui Persentasi Video oleh Zahara Sulaiman telah memberi impek yang amat memberangsangkan berkenaan Migrasi Awal dari Afrika ke Alam Melayu hingga tertubuhnya Melayu Austronesia sebagai Pengasan Tamadun Manusia. Apa yang boleh diperolehi melalui tayangan video ini adalah bagai mana pengkaji mengatakan bahawa setelah kehadiran 'Hawa' maka perkembangan manusia yang pada ketika awalnya bermula di tanah besar Afrika telah berkembang ke bahagian-bahagian lain dimuka bumi ini. Keadaan dunia yang pada ketika itu semakin panas dan kecairan salji dibahagian utara dan selatan dunia telah membawa kepada naluri untuk mencari tempat yang lebih selamat bagi tujuan penempatan dan mencari rezeki.

Perjalanan manusia telah membawa salah satu cabang manusia homo sapiens menuju ke dataran Sunda yang pada ketika itu masih lagi berbentuk dataran. Dari dataran Sunda itu maka terbentuklah golongan manusia yang akhirnya menjadi kelompok penduduk di Nusantara. Namun dengan berlakunya letupan besar 'Toba' kebanyakan golongan ini telah terhapus antara penyebabnya adalah debu gunung berapi, hujan nuklear dan ancaman yang lain. Golongan yang terselamat adalah yang berada di dataran Sunda yang merangkumi Tanah Melayu, yang muka buminya penuh dengan gua-gua yang menjadi tempat perlindungan golongan tersebut ketika bencana. Maka disitulah bermulanya induk atau pemegang obor pencernaan manusia merintis ke era zaman modern.

Seterusnya konvensyen ini telah merentas jalan presantasi kedua dimana Prof. Dr. Stephen Oppenheimer dari Uni of Oxford UK, membentangkan kertas kerjanya berkaitan dengan 'Keluar dari Afrika (Penghijrahan dari Afrika): Pendudukan Manusia di dunia dan Asal Usul Melayu' melalui Proses Genetik Phylogeography. Dalam pengkajian ini beliau menegaskan melalui penemuan yang dibuat dari bangsa-bangsa orang asli yang terdapat di Nusantara dan juga di Australia hingga ke Hawai beliau dapat membuktikan kaitan mtDNA serta struktor gigi antara golongan awal dan golongan terkemudian. Melalui penemuan ini maka diperjelaskan bahawa penghijrahan manusa berlaku adalah dari dataran Sunda ke kawasan persekitarannya hinggalah ke utara dan selatan bukan sebaliknya. Kertas kerja ini amat menarik dan harus diteliti supaya ianya dapat difahami dengan jelas.

Prof. Madya Dr. Zafarina Zainudin pula telah memperlengkapkan lagi data-data penemuan berkaitan mtDNA bagi menjelaskan teori yang mengiakan bahawa manusia di dataran Sundalah yang sebenarnya merentas ke benua-benua lain dan bukanlah sebaliknya. Malahan data-data mtDNA ini telah membuktikan bahawa bangsa Melayu dari ukuran umur kewujudan mereka adalah jauh lebih lama dari bangsa Cina dan India. Didalam pembentangan kertas kerja bertajuk 'Malay Archipelago: The Origin of Malays".

Konvensyon diteruskan selepas makan tengahari dan solat Jumaat. Prof. Dato' Wan Hashim Wan Teh (UPNM) telah membentangkan kertas kerjanya dari sudut pembahagian kelompok ras, 'Bangsa Melayu Sebagai Ras Utama'. (akan diulas)

'Data Arkeologi Tentang Evolusi Bangsa & Tamadun Melayu' oleh Prof Emeritus. Dato' Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Nik Abdul Rahman (UKM). (akan diulas)

'Penerimaan Anjakan Paradigma Asal Usul Bangsa Melayu melalui Kajian Genom Manusia di Nusantara' oleh Dr. Muklis Paeni, Staf Ahli Menteri, Bidang Pranata Sosial Dept. Kebudayaan & Parawisata, Indonesia. Apa yang menarik adalah bagaimana beliau memperkatakan tentang kewujudan bangsa Bugis (Melayu) melalui naskah lagenda bangsa. Beliau memperkatakan walaupun naskah legenda sejarah sebenarnya merupakan peta atau jalan membuktikan kebenaran satu sejarah. Melalui pemahaman yang diperolehi dari penyampaian kertas kerja ini. Pembentang memperkukuhkan pendapat bahawa walaupun hanya sebuah naskah lagenda ianya mempunyai bukti-bukti jelas bahawa perkara yang berlaku itu sebenarnya berlaku secara realitinya bukan hanya dongangan semata-mata. Penulis berpendapat melihat naskah lagenda haruslah bukan dalam keadaan pegangan selari malahan harus di ikuti dengan mencari titik penemuan yang menjurus kepada penemuan bukti-bukti dan fakta-fakta jelas sejarah.

Kertas kerja yang terakhir merupakan 'Orang Melayu Dalam Susur Galur Bangsa-bangsa di Dunia' oleh Prof. Madya Dr. Wan Salleh Wan Ibrahim. (UiTM) (akan diulas)

No comments:

Post a Comment