Wednesday, January 26, 2011

Hari Pendaftaran


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, saya sudah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD, Bidang Sejarah, Sejarah Seni Seni Cetak, Fakulti Seni dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Semasa di sekolah tidak pernah terbayang untuk berada disini apatah lagi menjejakkan kaki sebagai pelajarnya, namun jika sudah ditakdirkan, rezeki takkan kemana.

Namun begitu pernah terlintas dihati ku, jika saya tidak dapat melanjutkan pelajaran di universiti luar negara, universiti pertama yang menjadi pilihan saya ada University Malaya. Bukan kerana saya tidak berbesar hati menjadi bekas pelajar Universiti Teknologi MARA namum jika untuk kali penghabisan dalam jaluran pendidikan ini, saya ingin sangat untuk melanjutkan pelajaran di universiti lain dari tempat saya memperolehi Diploma, Ijazah dan Sarjana. Biarlah Sarjana Kedoktoran saya dari universiti tempatan yang lain... itu niat hati saya.

Perjalanan ku bermula dengan berjanji untuk mendaftar bersama-sama dua orang rakan seangkatan, En Khirul dan Tn. Syed. Kami bertiga telah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini, namun masing-masing memilih bidang yang berbeza-beza. Oleh itu kami berjanji berjumpa pada pukul 10.00 pagi. Maka setiba sahaja di IPS, UM bilik perdaftaran sudah dipenuhi dengan pelajar-pelajar Pascasiswaza dari seluruh dunia... terasa lah ke antarabangsaannya.

Nombor giliran yang kami perolehi boleh lah dikatakan akan mengambil masa, maka kami berborak diluar sambil memeriksa dokumen-dokuman yang diperlukan... setelah hampir setengah jam menunggu, kami memutuskan untuk ke kentin dan minum pagi dulu. Selesai sahaja sesi 'mengeteh' selama setengah jam, barulah kami kembali semula untuk memastikan sama ada nombor giliran kami telah hampir.

Dan akhirnya, sah saya sudah menjadi pelajar calon PhD di University Malaya kelas 2010 - 2013, InsyaAllah... Doakan moga Allah mudahkan perjalanan pengajianku dan semoga saya dapat melengkapkan pengajian ini dalam masa yang ditetapkan... AMIN.

Sunday, January 2, 2011

Pencarian Penyelia di Universiti di Tanah Air

Proses pencarian penyelia merupakan proses yang amat penting. Melalui pengalaman teman-teman kebanyakan mereka menasihatkan saya untuk mencari penyelia yang mempunyai pengetahuan dan minat pada bidang yang ingin kita jalankan.

Oleh kerana cadangan penyelidikan saya adalah berlandaskan kepada bidang sejarah (Sejarah Seni Cetak), saya telah berusaha untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan Penyelia Penyelidikan di semua universiti tempatan yang saya inginkan. Saya benar-benar beruntung apabila cadangan saya ini telah dapat menarik minat beberapa orang Penyelia dari dalam dan luar negara. Namun begitu oleh kerana biasiswa saya merupakan untuk pengajian dalam negara, maka saya benar-benar berbesar hati untuk mendapatkan DR. ARBA'IYAH BINTI MOHD NOOR sebagai penyelia penyelidikan saya.

Maka bermulalah proses mengemaskini kertas cadangan mengikut pada garis panduan yang diperlukan oleh Bahagian Sejarah Universiti Malaya. Namun begitu ianya tidaklah semudah yang disangka bagi memastikan saya mendapat tempat di universiti bekenaan, kertas cadangan yang telah dipersetujui oleh bakal penyelia penyelidikan perlu melalui proses penapisan dari pihak penal pemilih calon PhD, Bahagian Sejarah, Fakulti Sastra dan Sains Sosial.

Sepanjang proses permohonan saya, kertas cadangan saya telah di tapis dan di proses oleh bakal penyelia dan penal pemilihan tersebut dan akhirnya ada beberapa pembetulan yang perlu saya lakukan. Namun begitu akhirnya ia telah diterima dan akhirnya surat tawaran pun dikeluarkan dari pihak Universiti Malaya... betapa gembiranya rasa hati saya. Hanya tuhan sahaja yang tahu dan saya benar-benar bersyukur kerana akhirnya pencarian saya ini telah beroleh kejayaan.

UNIVERSITY MALAYA tunggu kehadiran saya dengan semangat yang waja...