Selesai sudah seminar awal ku, wajib bagi semua para pelajar di Jabatan Sejarah. Sambutan amat menggalakkan ramai yang bertanya untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelidikan ku yang dikatakan amat menarik sekali. Alhamdulillah moga penyelidikan ini berjalan lancar dan dapat memberi sumbangan dalam perkembangan seni cetak dan juga sejarah seni khasnya dan sejarah Malaysia amnya. Banyak yang boleh saya perolehi melalui penyelidikan ini dan melaluinya bukan sahaja saya dapat melihat karya-karya cetakan bertemakan Malaysia malahan ianya merupakan satu himpunan sejarah visual yang selama ini ada namum belum dikaji menggunakan method dan analisa yang telah dirangka seperti penyelidikan yang sedang saya jalankan.
Mohon dipermudahkan InsyaALLAH.
Wednesday, April 3, 2013
Wancana Menuskrip Melayu
Pada 26 Januari 2012 yang lalu telah berlangsungnya Wancana
Menuskrip Melayu. Bertempat di Bilik Syarahan 1, Aras 5, Anjung Bistari,
Perpustakaan Negara Malaysia. Wancana yang membentangkan dua pembentang terdiri
dari YBhg Puan Siti Mariani S.M. Omar dengan tajuk ‘Wancana Manuskrip Melayu:
Aset Ilmu Rumpun Melayu’ dan juga YBhg Dr. Harun Mat Piah dengan tajuk ‘Kitap
Tib Sebagai Wardah Ilmu dan Kearifan Melayu’. Antara yang telah membicarakan oleh
Puan Siti Nariani bagaimana Perpustakaan Negara telah berusaha untuk mengumpul
dan mendapatkan seberapa banyak koleksi menuskrip-manuskirp Melayu yang kini
terdapat didalam simpanan negara-negara luar. Selain dari usaha Perpustakaan
Negara yang memainkan peranan dalam menyimpan manuskirp asli, malahan salinan
bagi rujukan para pembaca berbentuk akademik dan umum. Manakala Dr. Harun pula
telah membicarakan bagaimana segala macam ilmu telah difahami, dipelajari,
dimanfaatkan dan diakam dalam ratusan naskhah atu manuskirp Melayu yang
tersimpan dalam pelbagai koleksi di seluruh Dunia. Wancana yang bertujuan untuk
memperkenalkan manuskrip Melayu sebagai salah satu unsur peradapan bangsa
Melayu selain dari menyemarakkan pemahaman dan pembacaan menuskrip Melayu
dikalangan masyarakat. Sememangnya apabila memperkatakan tengtang manuskirp
nyata sekali bahawa masyarakan umum agak ketinggalan dalam mendalami serta
mengetahui tentang kehadiran manuskrip-manuskrip ini. Wancana ini diharap dapat
menyuburkan minat dikalangan masyarakat untuk mempelajari, menghargai dan
mencintai manuskrip Melayu yang sememangnya telah wujud sekian lama dan kini sebahagiannya
telah berjaya disimpan dan dikoleksikan oleh Perpustakaan Awam Negara. – AZIAN
HJ TAHIR
Thursday, November 29, 2012
Sudah 2 tahun pengajian ku
Diam tak diam sudah dua tahun pengajian PhD ku berjalan di Universiti Malaya. Kini sepatutnya tinggal tahun akhir untuk aku meneruskan pengajian. Harus tabah dan berusaha untuk selesaikan semua penulisan dan penyelidikanku sebelum habis pengajian tiga tahun yang dirancang.
Sepanjang tempoh tersebut berbagai-bagai dugaan dan usaha telah ku lakukan. Hingga kini keperluan yang digariskan oleh pihak universiti masih lagi harus ku penuhi. Tinggal setahun masa berlalu begitu cepat sekali, kadang kala aku juga terleka oleh kerana itu harus perbaiki diri, penuhi kehendak majikan dan pengajian.
Hanya tinggal satu tahun thesis yang merupakan terkandung 100,000 perkataan dengan isi yang padat dan berwibawa harus ku selesaikan. Dengan doa dan harapan. INSYAALLAH
Sepanjang tempoh tersebut berbagai-bagai dugaan dan usaha telah ku lakukan. Hingga kini keperluan yang digariskan oleh pihak universiti masih lagi harus ku penuhi. Tinggal setahun masa berlalu begitu cepat sekali, kadang kala aku juga terleka oleh kerana itu harus perbaiki diri, penuhi kehendak majikan dan pengajian.
Hanya tinggal satu tahun thesis yang merupakan terkandung 100,000 perkataan dengan isi yang padat dan berwibawa harus ku selesaikan. Dengan doa dan harapan. INSYAALLAH
Tomes Heatherwick Solo Show di Victoria & Albert Muzium, London
Semasa saya di London menjalankan penyelidikan berkaitan seni cetak bertemakan Tanah Melayu. Saya telah berkesempatan untuk menghadiri pameran solo oleh Thomas Heatherwick.
Beliau yang merupakan pengkarya yang bergerak aktif dalam menghasilkan karya berasaskan kepada seni yang berfungsi. Kebanyakan karyanya telah diguna pakai sebagai rekaan untuk bangunan dan juga pembinaan. Antara reka cipta yang amat dikenali adalah dari rekaan Obor besar Sukan Olimpik London, 2012.
Namun pameran ini tidak dibenarkan untuk dirakamkan gambarnya maka oleh kerana itu saya telah meminjam gambar-gambar pamiran dari beberapa sumber antaranya : http://www.abitare.it/en/ architecture/ thomas-heatherwick-designin g-the-extraordinary/
Diharap perkongsian ini dapat memberi faedah bersama.
Beliau yang merupakan pengkarya yang bergerak aktif dalam menghasilkan karya berasaskan kepada seni yang berfungsi. Kebanyakan karyanya telah diguna pakai sebagai rekaan untuk bangunan dan juga pembinaan. Antara reka cipta yang amat dikenali adalah dari rekaan Obor besar Sukan Olimpik London, 2012.
Namun pameran ini tidak dibenarkan untuk dirakamkan gambarnya maka oleh kerana itu saya telah meminjam gambar-gambar pamiran dari beberapa sumber antaranya : http://www.abitare.it/en/
Diharap perkongsian ini dapat memberi faedah bersama.
Monday, October 22, 2012
Pameran Penyelidikan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS)
Tajuk: Inovasi Penyelidikan Nadi Kecermerlangan Sains Sosial dan Kemanusiaan
Tarikh: 26-27 September 2012
Tempat: Dataran Sastera, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
Acara anjuran FSSS Universiti Malaya ini mengabungkan penyertaan penyelidikan diantara semua pelajar Pasca Siswazah fakulti tersebut. Ia telah berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang peserta. Acara yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pegajian Tinggi, YBhg. Dato' Saifuddin Abdullah.
penyertaan buat pertama kali bagi pertandingan Poster Penyelidikan ini telah memberi saya pengalaman dan mendapat anugerah sebagai Poster ke 7 terbaik.
Sebilangan pengunjung yang menyaksikan pertandingan ini ketika dilangsungkan selama dua hari. Selain dari pertandingan dan pameran ini pihak penganjur juga telah menganjurkan beberapa aktiviti lain seperti Syarahan Penyelidikan.
Antara beberapa poster yang dipamirkan dipertandingan ini. Keperbagaian penyelidikan dan reka bentuk poster telah di utarakan dalam pertangdingan ini. Tahniah kepada semua pemenang dan InsyaALLAH dilain kali jika tiada aral boleh lah menyertai pertandingan seumpama ini.
Aktiviti Seminar: The 8th Asian Fiber Art
Perbentangan berkaitan Karya Seni Tampak yang diketengahkan secara fizikal mempunyai penggunaan bahan-bahan dari fiber yang nyata diperbincangkan dalam kertas kerja ini. Subjek yang diutarakan adalah dari karya-karya yang telah memenangi pertandingan Bakat Muda Sezaman. Setiap karya telah dihuraikan dengna lebih jelas bagaimana pengkarya telah mengguna pakai bahan fiber dalam penghasilan karya mereka. Oleh itu perbentangan ini telah dapat menjawab beberapa persoalan berkaitan seni tanpak berasaskan bahan fiber.
Sesi soal jawab yang dijalankan setelah selesai perbentangan kertas kerja dimana setiap pembetang akan membincangkan dengan lebih mendalam kertas kerja masing-masing berasaskan dari soalan-soalan yang diutarakan oleh para hadirin perbentangan tersebut.
Sunday, October 21, 2012
Kota London menyimpan Data-data penting...
Dalam usaha untuk mendapatkan data prima, kota London merupakan tempat yang paling penting terutama sekali bila saya yang sedang mengkaji sejarah seni cetak era pemerintahan British di Tanah Melayu... dari kejauhan jelas kelihatan kota London dimana harus saya tempuhi sepanjang pencarian saya selama tiga bulan. Ketika itu kota London dengan musim panas yang nyaman dan waktu siang yang panjang membolehkan saya untuk mendapatkan masa yang cukup bagi mendapatkan data-data penting dalam pengajian saya... Dengan bermulakan 'Bismillahirahmannirahim' maka langkah pertama dimulakan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
































