Tuesday, July 9, 2013

Ketika di London: Pamiran Picasso


Berpeluang melihat sendiri hasil karya cetakan Picasso memang tak pernah tersangka, langkah kanan benar perjalanan ku kali ini bila karya beliau diangkat menjadi pamiran utama di bahagian cetakan Muzium British tahun lalu.



Mengiringi karya beliau terdapat beberapa buah karya dari pencetak-pencetak terawal termasuklah Rambrant yang amat aktif menghasilkan karya seni cetakan.



Terlalu banyak karya cetakan gurisan asid yang dihasilkan hinggakan penuh seluruh rungan yang disediakan untuk karya seni cetak dipenuhi. Namun tak mampu untuk dilampirkan disini atau mungkin karya-karya tersebut agak kurang sesuai untuk saya sertakan sekali di halaman ini.







Tuesday, July 2, 2013

Ketika di London: Pasukan Berkuda Diraja

Setiap kali jika saya perlu ke The National Art Library, Victoria and Albert Museum saya pasti melalui laluan di Westmenister. Salah satu tempat pelancongan yang amat terkenal adalah dimana Markas pasukan berkuda ditempatkan. 

Setiap hari tanpa leka saya pasti akan sentiasa melihat dan mengambil gambar-gambar menarik anggota tentera yang bertugas disana. Rasanya pakaian seragam merah dan hitam itu kelihatan sangat menarik dan tertarik tidak kiralah siapa pun yang memakainya. 

Anggota Tentera dengan pakaian seragam berwarna merah.


Tentera berkuda yang sentiasa berkidmat dalam acara-acara rasmi kerajaan dan diraja.

Anggota tentera yang berpakaian seragam berwarna hitam. 

Ketika acara petukaran waktu bertugas dijalankan dengan penuh istiadat dan tertip, acara yang menarik walaupun ketika itu hujan sudah mula turun.

Sempena sukan Olimpik London 2012 barisan askar berkuda berbaris untuk latihan acara tersebut.

Ketika di London: Bas 'Double Decker'

Baik bila berada di London kalau tak naik bas dua tingkat tak sah!!!. Kerana perkhidmatan bas mereka banyak menggunakan bas dua tingkat hanya ada beberapa kawasan yang mungkin kurang jumlah penggunanya hanya menggunakan bas biasa sahaja. Seronok bila pertama kali menggunakan bas dua tingkat ini ketika mula-mula sampai kira-kira diakhir musum bunga menuju ke musim panas cuaca masih dingin. Bas ini menyediakan berbagai kemudahan antaranya pemanas bagi memastikan penumpang sentiasa dalam keadaan selesa. Tapi biasalah orang yang baru sekali berada di tempat yang mempunyai 4 musim. Secara tidak sengaja meletakkan kaki diatas saluran udara panas tersebut apa lagi rasa bagai nak terbakar tapak kaki...bila diingatkan kelakar pun ada. 

Antara perkidmatan yang menarik juga adalah untuk kemudahan OKU dimana setiap bas tak kira dua tingkat ataupun biasa disediakan plet perantaraan jalan raya untuk masuk keruangan bas. Pernah beberapa kali ianya tersangkut hingga menyebabkan penumpang keluar semula dan menggunakan bas yang seterusnya. 

Satu perkara yang saya lihat disana penumpang dan pemandunya juga sangat berdisiplin. Mereka akan memastikan keselesaan penumpang jika bas sudah penuh mereka tidak akan berhenti untuk mengambil penumpang lain. Malahan jika kawasan yang disediakan contohnya untuk OKU atau untuk kereta tolak kanak-kanak sudah penuh mereka akan memaklumkan penumpang untuk tidak menaiki bas tersebut. Yang kagumnya penumpang tidak berkecil hati malahan menerima arahan tersebut walaupun banyak lagi tempat duduk yang masih kosong, keselamatan diutamakan!.

Pemandu bas yang sentiasa berhati-hati terutama sekali jika ada penungang basikal dihadapannya tidak pernah terdengar bunyi hon pun dari mereka malahan dengan sabar mengekori penungang basikal tersebut hingga mereka berada dalam zon selamat untuk memotong. 

Dalam semua kebaikan tersebut satu benda yang saya kurang senang adalah cara menukar pemandu bas yang kadang kala tidak seperti di Malaysia dimana mereka boleh menukar pemandu bas pada bila-bila masa dan ditempat-tempat yang mereka telah tetapkan bukan di station bas seperti lazimnya di Malaysia. Kita yang tidak biasa kadang kala tercengang-cengan kerana terpaksa menunggu agak lama. 

Selain dari itu mungkin semasa saya disana ada sesuatu yang berlaku menyebabkan pemandu-pemandu bas ini MOGOK... makanya terpaksalah menjadi mangsa menunggu bas tak kunjung tiba hinggakan pihak polis yang bertugas memaklumkan kepada kami tentang mogok tersebut. Apa lagi menapaklah sekeliling London dan mencara cara lain untuk sampai ke tempat yang dituju. 


Bas lama yang masih digunakan untuk tujuan promosi, dibelakang merupakan bas yang kini digunakan dilondon.

Bas biasa selalu saya gunakan untuk ke bandar Boxton dari Crystal Palace 

Didalam Bas teruja dengan tangga ke atas hehehehe

Pada peringkat awal saya akan pastikan untuk duduk betul-betul dihadapan sekali untuk melihat pemandangan menuju ke kota London kawasan 1... saya dari kawasan 2


Kenangan terindah menaiki bas tinggi.

Tempat menunggu bas yang hanya meletakkan rod besi selebar 10inci untuk duduk sementara menunggu bas.

Satu perkara yang saya sangat suka di sana adalah setiap kali sesebuah bas stop itu tidak boleh digunakan pihak mereka akan memaklumkan terlebih awal antaranya dengan menampal notis seperti diatas.


Monday, July 1, 2013

Selesai sudah pembentangan 'Candidature Defence'

Tanggal 21 Jun yang lalu saya telah mengharungi pembentangan CD ku bagi mendapatkan lampu hijau untuk meneruskan penyelidikan ku dalam bidang Sejarah Seni, di Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Proses yang berjalan hingga memakan masa yang agak lama, dengan soal jawab berkenaan kajian di utarakan satu persatu telah berjaya mematangkan ku dan mematangkan penyelidikan ku.

Terima kasih pada penal yang menilai, seramai 5 orang penal telah dilantik oleh pihak jabatan dalam sesi ini. Kini tinggal menunggu keputusan dari pihak IPS , serta surat rasmi pembentangan serta keputusannya. Kini tima masa untuk menunggu dengan debaran...








Monday, June 24, 2013

Ketika di London: Bertemu Peniaga Rakyat MALAYSIA


Sepanjang berada di London atas untuk mencari data-data pengajian aku berkesempatan untuk berjalan-jalan disekitar kota untuk mencari barangan dan buku2 terpakai untuk ku bawa balik ke Malaysia. Disana pantang sekali melihat bendera MALAYSIA berkibar pasti sekali akan ku singgah dan mengambil gambar. Satu hari semasa berjalan-jalan di Oxford Street kelihatan bendera kita yang berkibar-kibar di sebuah kedai di salah sebuah lorong. Teruja hati, pekedai itu terus melambai-lambai dan mengajak ku singgah. Apa lagi kami berkenalan berbahasa Melayu sesama sendiri... seronok katanya ramai rakyak Malaysia yang bercuti disana dan ada yang seperti ku seronok berjumpa kawan senegara dan ada yang sombong bukan main tak mengaku orang kita, sedangkan sah-sah orang Malaysia. Biasalah 'Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.' 

Sempat ku sambar dua jeket untuk ku bawa balik, apa lagi ku minta harga yang terbaik dari dia dan nyatanya dia berikannya tanpa banyak soal. Katanya kita satu negara, 1 MALAYSIA hehehehe semangat ketika itu. Terima Kasih lain kali manalah tau ada rezeki menjejakkan kaki ke UK lagi, InsyaALLAH akan kusinggah bertanya kabar dan membeli belah...


Wednesday, April 3, 2013

Seminar Awal

Selesai sudah seminar awal ku, wajib bagi semua para pelajar di Jabatan Sejarah. Sambutan amat menggalakkan ramai yang bertanya untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelidikan ku yang dikatakan amat menarik sekali. Alhamdulillah moga penyelidikan ini berjalan lancar dan dapat memberi sumbangan dalam perkembangan seni cetak dan juga sejarah seni khasnya dan sejarah Malaysia amnya. Banyak yang boleh saya perolehi melalui penyelidikan ini dan melaluinya bukan sahaja saya dapat melihat karya-karya cetakan bertemakan Malaysia malahan ianya merupakan satu himpunan sejarah visual yang selama ini ada namum belum dikaji menggunakan method dan analisa yang telah dirangka seperti penyelidikan yang sedang saya jalankan.

Mohon dipermudahkan InsyaALLAH.




Wancana Menuskrip Melayu


Pada 26 Januari 2012 yang lalu telah berlangsungnya Wancana Menuskrip Melayu. Bertempat di Bilik Syarahan 1, Aras 5, Anjung Bistari, Perpustakaan Negara Malaysia. Wancana yang membentangkan dua pembentang terdiri dari YBhg Puan Siti Mariani S.M. Omar dengan tajuk ‘Wancana Manuskrip Melayu: Aset Ilmu Rumpun Melayu’ dan juga YBhg Dr. Harun Mat Piah dengan tajuk ‘Kitap Tib Sebagai Wardah Ilmu dan Kearifan Melayu’. Antara yang telah membicarakan oleh Puan Siti Nariani bagaimana Perpustakaan Negara telah berusaha untuk mengumpul dan mendapatkan seberapa banyak koleksi menuskrip-manuskirp Melayu yang kini terdapat didalam simpanan negara-negara luar. Selain dari usaha Perpustakaan Negara yang memainkan peranan dalam menyimpan manuskirp asli, malahan salinan bagi rujukan para pembaca berbentuk akademik dan umum. Manakala Dr. Harun pula telah membicarakan bagaimana segala macam ilmu telah difahami, dipelajari, dimanfaatkan dan diakam dalam ratusan naskhah atu manuskirp Melayu yang tersimpan dalam pelbagai koleksi di seluruh Dunia. Wancana yang bertujuan untuk memperkenalkan manuskrip Melayu sebagai salah satu unsur peradapan bangsa Melayu selain dari menyemarakkan pemahaman dan pembacaan menuskrip Melayu dikalangan masyarakat. Sememangnya apabila memperkatakan tengtang manuskirp nyata sekali bahawa masyarakan umum agak ketinggalan dalam mendalami serta mengetahui tentang kehadiran manuskrip-manuskrip ini. Wancana ini diharap dapat menyuburkan minat dikalangan masyarakat untuk mempelajari, menghargai dan mencintai manuskrip Melayu yang sememangnya telah wujud sekian lama dan kini sebahagiannya telah berjaya disimpan dan dikoleksikan oleh Perpustakaan Awam Negara. – AZIAN HJ TAHIR