Diam tak diam sudah dua tahun pengajian PhD ku berjalan di Universiti Malaya. Kini sepatutnya tinggal tahun akhir untuk aku meneruskan pengajian. Harus tabah dan berusaha untuk selesaikan semua penulisan dan penyelidikanku sebelum habis pengajian tiga tahun yang dirancang.
Sepanjang tempoh tersebut berbagai-bagai dugaan dan usaha telah ku lakukan. Hingga kini keperluan yang digariskan oleh pihak universiti masih lagi harus ku penuhi. Tinggal setahun masa berlalu begitu cepat sekali, kadang kala aku juga terleka oleh kerana itu harus perbaiki diri, penuhi kehendak majikan dan pengajian.
Hanya tinggal satu tahun thesis yang merupakan terkandung 100,000 perkataan dengan isi yang padat dan berwibawa harus ku selesaikan. Dengan doa dan harapan. INSYAALLAH
Thursday, November 29, 2012
Tomes Heatherwick Solo Show di Victoria & Albert Muzium, London
Semasa saya di London menjalankan penyelidikan berkaitan seni cetak bertemakan Tanah Melayu. Saya telah berkesempatan untuk menghadiri pameran solo oleh Thomas Heatherwick.
Beliau yang merupakan pengkarya yang bergerak aktif dalam menghasilkan karya berasaskan kepada seni yang berfungsi. Kebanyakan karyanya telah diguna pakai sebagai rekaan untuk bangunan dan juga pembinaan. Antara reka cipta yang amat dikenali adalah dari rekaan Obor besar Sukan Olimpik London, 2012.
Namun pameran ini tidak dibenarkan untuk dirakamkan gambarnya maka oleh kerana itu saya telah meminjam gambar-gambar pamiran dari beberapa sumber antaranya : http://www.abitare.it/en/ architecture/ thomas-heatherwick-designin g-the-extraordinary/
Diharap perkongsian ini dapat memberi faedah bersama.
Beliau yang merupakan pengkarya yang bergerak aktif dalam menghasilkan karya berasaskan kepada seni yang berfungsi. Kebanyakan karyanya telah diguna pakai sebagai rekaan untuk bangunan dan juga pembinaan. Antara reka cipta yang amat dikenali adalah dari rekaan Obor besar Sukan Olimpik London, 2012.
Namun pameran ini tidak dibenarkan untuk dirakamkan gambarnya maka oleh kerana itu saya telah meminjam gambar-gambar pamiran dari beberapa sumber antaranya : http://www.abitare.it/en/
Diharap perkongsian ini dapat memberi faedah bersama.
Monday, October 22, 2012
Pameran Penyelidikan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS)
Tajuk: Inovasi Penyelidikan Nadi Kecermerlangan Sains Sosial dan Kemanusiaan
Tarikh: 26-27 September 2012
Tempat: Dataran Sastera, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
Acara anjuran FSSS Universiti Malaya ini mengabungkan penyertaan penyelidikan diantara semua pelajar Pasca Siswazah fakulti tersebut. Ia telah berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang peserta. Acara yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pegajian Tinggi, YBhg. Dato' Saifuddin Abdullah.
penyertaan buat pertama kali bagi pertandingan Poster Penyelidikan ini telah memberi saya pengalaman dan mendapat anugerah sebagai Poster ke 7 terbaik.
Sebilangan pengunjung yang menyaksikan pertandingan ini ketika dilangsungkan selama dua hari. Selain dari pertandingan dan pameran ini pihak penganjur juga telah menganjurkan beberapa aktiviti lain seperti Syarahan Penyelidikan.
Antara beberapa poster yang dipamirkan dipertandingan ini. Keperbagaian penyelidikan dan reka bentuk poster telah di utarakan dalam pertangdingan ini. Tahniah kepada semua pemenang dan InsyaALLAH dilain kali jika tiada aral boleh lah menyertai pertandingan seumpama ini.
Aktiviti Seminar: The 8th Asian Fiber Art
Perbentangan berkaitan Karya Seni Tampak yang diketengahkan secara fizikal mempunyai penggunaan bahan-bahan dari fiber yang nyata diperbincangkan dalam kertas kerja ini. Subjek yang diutarakan adalah dari karya-karya yang telah memenangi pertandingan Bakat Muda Sezaman. Setiap karya telah dihuraikan dengna lebih jelas bagaimana pengkarya telah mengguna pakai bahan fiber dalam penghasilan karya mereka. Oleh itu perbentangan ini telah dapat menjawab beberapa persoalan berkaitan seni tanpak berasaskan bahan fiber.
Sesi soal jawab yang dijalankan setelah selesai perbentangan kertas kerja dimana setiap pembetang akan membincangkan dengan lebih mendalam kertas kerja masing-masing berasaskan dari soalan-soalan yang diutarakan oleh para hadirin perbentangan tersebut.
Sunday, October 21, 2012
Kota London menyimpan Data-data penting...
Dalam usaha untuk mendapatkan data prima, kota London merupakan tempat yang paling penting terutama sekali bila saya yang sedang mengkaji sejarah seni cetak era pemerintahan British di Tanah Melayu... dari kejauhan jelas kelihatan kota London dimana harus saya tempuhi sepanjang pencarian saya selama tiga bulan. Ketika itu kota London dengan musim panas yang nyaman dan waktu siang yang panjang membolehkan saya untuk mendapatkan masa yang cukup bagi mendapatkan data-data penting dalam pengajian saya... Dengan bermulakan 'Bismillahirahmannirahim' maka langkah pertama dimulakan...
Sudah lama tidak berkunjung...
Sudah lama tidak berkunjung ke Blog saya ini, sepanjang pengajian yang sudah menjangkau dua tahun ini berbagai-bagai aktiviti yang telah saya lalui dan jarang dipenuhi berita-berita tersebut didalam blog yang saya bina ini. Tujuan blog dibina adalah untuk melihat perkembangan pengajian dan juga aktiviti yang telah saya lalui namun ianya seolah-olah saya pinggirkan... hemmm tidak harus salahkan orang lain nyatanya saya yang tidak berjaya untuk memenuhi janji sendiri.... hemmmmmm...
Saturday, January 21, 2012
Konvensyen Asal Usul Melayu - Induknya di Alam Melayu
Konvensyen yang di anjurkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia ini telah berlangsung pada 20 Januari 2012 di PWTC. Acara yang bermula lebih kurang pada pukul 10.oo pagi ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Melalui Persentasi Video oleh Zahara Sulaiman telah memberi impek yang amat memberangsangkan berkenaan Migrasi Awal dari Afrika ke Alam Melayu hingga tertubuhnya Melayu Austronesia sebagai Pengasan Tamadun Manusia. Apa yang boleh diperolehi melalui tayangan video ini adalah bagai mana pengkaji mengatakan bahawa setelah kehadiran 'Hawa' maka perkembangan manusia yang pada ketika awalnya bermula di tanah besar Afrika telah berkembang ke bahagian-bahagian lain dimuka bumi ini. Keadaan dunia yang pada ketika itu semakin panas dan kecairan salji dibahagian utara dan selatan dunia telah membawa kepada naluri untuk mencari tempat yang lebih selamat bagi tujuan penempatan dan mencari rezeki.
Perjalanan manusia telah membawa salah satu cabang manusia homo sapiens menuju ke dataran Sunda yang pada ketika itu masih lagi berbentuk dataran. Dari dataran Sunda itu maka terbentuklah golongan manusia yang akhirnya menjadi kelompok penduduk di Nusantara. Namun dengan berlakunya letupan besar 'Toba' kebanyakan golongan ini telah terhapus antara penyebabnya adalah debu gunung berapi, hujan nuklear dan ancaman yang lain. Golongan yang terselamat adalah yang berada di dataran Sunda yang merangkumi Tanah Melayu, yang muka buminya penuh dengan gua-gua yang menjadi tempat perlindungan golongan tersebut ketika bencana. Maka disitulah bermulanya induk atau pemegang obor pencernaan manusia merintis ke era zaman modern.
Seterusnya konvensyen ini telah merentas jalan presantasi kedua dimana Prof. Dr. Stephen Oppenheimer dari Uni of Oxford UK, membentangkan kertas kerjanya berkaitan dengan 'Keluar dari Afrika (Penghijrahan dari Afrika): Pendudukan Manusia di dunia dan Asal Usul Melayu' melalui Proses Genetik Phylogeography. Dalam pengkajian ini beliau menegaskan melalui penemuan yang dibuat dari bangsa-bangsa orang asli yang terdapat di Nusantara dan juga di Australia hingga ke Hawai beliau dapat membuktikan kaitan mtDNA serta struktor gigi antara golongan awal dan golongan terkemudian. Melalui penemuan ini maka diperjelaskan bahawa penghijrahan manusa berlaku adalah dari dataran Sunda ke kawasan persekitarannya hinggalah ke utara dan selatan bukan sebaliknya. Kertas kerja ini amat menarik dan harus diteliti supaya ianya dapat difahami dengan jelas.
Prof. Madya Dr. Zafarina Zainudin pula telah memperlengkapkan lagi data-data penemuan berkaitan mtDNA bagi menjelaskan teori yang mengiakan bahawa manusia di dataran Sundalah yang sebenarnya merentas ke benua-benua lain dan bukanlah sebaliknya. Malahan data-data mtDNA ini telah membuktikan bahawa bangsa Melayu dari ukuran umur kewujudan mereka adalah jauh lebih lama dari bangsa Cina dan India. Didalam pembentangan kertas kerja bertajuk 'Malay Archipelago: The Origin of Malays".
Konvensyon diteruskan selepas makan tengahari dan solat Jumaat. Prof. Dato' Wan Hashim Wan Teh (UPNM) telah membentangkan kertas kerjanya dari sudut pembahagian kelompok ras, 'Bangsa Melayu Sebagai Ras Utama'. (akan diulas)
'Data Arkeologi Tentang Evolusi Bangsa & Tamadun Melayu' oleh Prof Emeritus. Dato' Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Nik Abdul Rahman (UKM). (akan diulas)
'Penerimaan Anjakan Paradigma Asal Usul Bangsa Melayu melalui Kajian Genom Manusia di Nusantara' oleh Dr. Muklis Paeni, Staf Ahli Menteri, Bidang Pranata Sosial Dept. Kebudayaan & Parawisata, Indonesia. Apa yang menarik adalah bagaimana beliau memperkatakan tentang kewujudan bangsa Bugis (Melayu) melalui naskah lagenda bangsa. Beliau memperkatakan walaupun naskah legenda sejarah sebenarnya merupakan peta atau jalan membuktikan kebenaran satu sejarah. Melalui pemahaman yang diperolehi dari penyampaian kertas kerja ini. Pembentang memperkukuhkan pendapat bahawa walaupun hanya sebuah naskah lagenda ianya mempunyai bukti-bukti jelas bahawa perkara yang berlaku itu sebenarnya berlaku secara realitinya bukan hanya dongangan semata-mata. Penulis berpendapat melihat naskah lagenda haruslah bukan dalam keadaan pegangan selari malahan harus di ikuti dengan mencari titik penemuan yang menjurus kepada penemuan bukti-bukti dan fakta-fakta jelas sejarah.
Kertas kerja yang terakhir merupakan 'Orang Melayu Dalam Susur Galur Bangsa-bangsa di Dunia' oleh Prof. Madya Dr. Wan Salleh Wan Ibrahim. (UiTM) (akan diulas)
Subscribe to:
Posts (Atom)